bulet   Direktori Warga Kerja
bulet   Alamat Pejabat Negeri
bulet   Alamat Pejabat Kawasan
bulet   Perkhidmatan Online
  sub bulet Sistem Permohonan Pinjaman (SPP)
  sub bulet Webmail
 
gambo   line
  Hotline TEKUN Nasional
  Isnin-Jumaat : 8.00 pagi-5.30 petang  Tel : 1-300-88-1277 
  Jumaat : 8.00pagi-5.00 petang  Faks : 1-300-88-1278

PERANCANGAN HALATUJU BARU DAN PENJENAMAAN SEMULA TEKUN NASIONAL

Tahun 2008 adalah merupakan ulang tahun yang ke-10 penubuhan Yayasan TEKUN Nasional. Maka adalah wajar dan kena pada masanya bagi institusi ini membuat penilaian terhadap pencapaian dan prestasinya serta mengenalpasti segala kelemahan dan permasalahan yang dihadapi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam masa yang sama, Yayasan ini perlu melakukan perubahan dan membuat pembaharuan supaya ianya mempunyai kelainan dengan institusi dan organisasi lain yang mempunyai peranan yang sama dengannya, selaras dengan Strategi Lautan Biru ( Blue Ocean Strategy ) untuk kekal dan relevan serta dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Menyedari hakikat dan keperluan inilah maka Yayasan TEKUN Nasional telah menentukan halatujunya yang baru ( repositioning ) serta membuat penjenamaan semula ( rebranding ) kepada Yayasan ini. Dengan halatuju yang baru ini, Yayasan TEKUN Nasional telah mengubah pernyataan Visi dan Misinya serta memantapkan lagi peranan dan objektifnya.

Kini Yayasan TEKUN Nasional akan dikenalinya sebagai TEKUN Nasional dengan cogan kata yang baru iaitu “ Melahirkan Usahawan Cemerlang ”. Dengan halatuju dan penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional berhasrat dan komited untuk menjadi agensi pelaksana yang berkesan dibawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang sama-sama menyumbang kearah melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera bagi memenuhi hasrat dan matlamat Kerajaan ke arah kewujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB 2 ). Dengan keazaman, komitmen dan kegigihan Warga Kerja TEKUN Nasional serta sokongan dan kerjasama dari semua pihak, maka hasrat dan matlamat yang dicita-citakan ini akan tercapai. Insya Allah.

 
my gov   IIM   msc   mampu   moa
TEKUN Nasional No.2, Jalan 4/146 Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-9058 8550 / 9058 8999 Faks: 03-90595777
Hakcipta Terpelihara 2010 © TEKUN Nasional
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Tarikh Kemaskini : 08 September 2010 05:22 PM