PROGRAM RAKAN NIAGA
Pengenalan
Program TEKUN Rakan Niaga merupakan kerjasama strategik di antara TEKUN Nasional dengan syarikat yang kukuh (bona fide) dan berdaya maju dalam sesuatu bidang untuk berkongsi kejayaan bagi tujuan berikut:
| (i) | Melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya maju; |
| (ii) | Mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada bakal-bakal usahawan melalui khidmat bimbingan dan sokongan; |
| (iii) | Membiayai usaha niaga yang berdaya maju; |
| (iv) | Memajukan lagi syarikat-syarikat rakan niaga yang menyertai program ini; dan |
| (v) | Mencapai sasaran dan matlamat TEKUN Nasional. |
Melalui program ini, Syarikat Rakan Niaga akan :
| (i) | Menyediakan konsep perniagaan termasuk khidmat nasihat / konsep / imej perniagaan / susun atur premis; |
| (ii) | Membekalkan produk / perkhidmatan / stok (untuk perniagaan); |
| (iii) | Membekalkan konsep projek / benih / bahan / peralatan/ infrastruktur (untuk pertanian / penternakan / pembuatan); |
| (iv) | Memilih usahawan yang berpotensi dan komited; |
| (v) | Melatih dan membimbing bakal usahawan; |
| (vi) | Menyediakan panduan dan manual / prosedur untuk menjalankan perniagaan; |
| (vii) | Memantau perkembangan perniagaan dan memperbaiki serta menasihat usahawan; dan |
| (viii) | Memberi bimbingan dan khidmat nasihat berterusan kepada usahawan. |
Usahawan baru dan sedia ada yang ingin memohon pinjaman dibawah Program Rakan Niaga
Pinjaman kepada usahawan baru dan sedia ada untuk menjalankan perniagaan melalui berdasarkan usahasama pengusaha dan TEKUN Nasional secara berpakej.
Aktiviti
Perniagaan berpakej seperti produk kecantikan, makanan sejuk beku, pusat tuisyen dan lain-lain jenis perniagaan yang akan ditentukan:
Syarat Kelayakan Asas
- Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun.
- Mempunyai lesen perniagaan/ permit / daftar perniagaan yang sah.
- Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan/projek
- Satu pinjaman untuk satu isi rumah.
- Tidak mempunyai rekod perniagaan yang tidak baik
- Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00
Syarat Tambahan
Syarat-syarat tambahan bagi pinjaman TEKUN Rakan Niaga akan ditetapkan berdasarkan kepada MOU/perjanjian dengan pengusaha terlibat bagi sesuatu pakej pinjaman.
Jumlah Pinjaman
Pinjaman yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM50,000.00.
Tempoh Pinjaman dan Kaedah Bayaran Balik
Tempoh pinjaman adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun. Bayaran balik pinjaman akan dibuat sebulan sekali bergantung kepada persetujuan peminjam.
Keterangan Lanjut
Pinjaman ini hanya melibatkan program kerjasama di antara TEKUN Nasional dengan pembekal/syarikat yang dilantik sahaja. Pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pinjaman ini dengan menghubungi Ibu Pejabat TEKUN Nasional.