Datuk rahim


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Dengan hormat dan takzimnya, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kunjungan saudara dan saudari ke Laman Web, TEKUN Nasional. Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian saudara dan saudari untuk mengenali TEKUN Nasional dengan lebih dekat serta mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh institusi ini.

Untuk makluman saudara dan saudari, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Matlamat penubuhan Yayasan TEKUN Nasional pada ketika itu adalah untuk menyediakan pembiayaan modal dengan mudah dan cepat kepada golongan Bumiputera yang ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan.

Sejak diwujudkan hinggalah ke hari ini TEKUN Nasional telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sepertimana yang diharapkan. Sehingga 31 Disember 2009 , TEKUN Nasional telah menyediakan pembiayaan sebanyak RM 1.4 bilion kepada 154,216 orang usahawan diseluruh negara. Untuk tahun 2010 ini, TEKUN Nasional telah memperuntukkan sebanyak RM 350 juta sebagai pembiayaan kepada seramai 34,000 usahawan.

Sepertimana termaklum Tahun 2008, adalah merupakan ulangtahun penubuhan Yayasan TEKUN Nasional yang ke-10, maka sudah sampai masanya kami harus menilai semula pencapaian dan prestasi Yayasan ini samada ianya telah mencapai hasrat dan matlamat penubuhannya. Walauapapun kami di Yayasan TEKUN Nasional harus senantiasa berusaha untuk memantapkan lagi operasi institusi ini serta melakukan perubahan dan pembaharuan dari masa kesemasa mengikut keperluan dan kehendak semasa. Maka pada tahun 2008 ini Yayasan TEKUN Nasional telah mengubah halatujunya serta mengadakan penjenamaan semua ( rebranding ) Yayasan ini.

Dengan adanya halatuju baru ini adalah diharapkan Yayasan TEKUN Nasional akan dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi mencapai matlamat penubuhannya. Disamping itu juga TEKUN Nasional akan memantapkan lagi sistem penyampaiannya supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan sasar yang menjadi pelanggan-pelanggannya.

Pihak Pengurusan TEKUN Nasional memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap aspek Integriti dan Tadbir Urus Korporat yang baik disamping mewujudkan Sistem Pengurusan Prestasi ( Performance Management System ) dan Sistem Pengurusan Kualiti ( Quality Management System ) dalam operasi institusi ini. Malah TEKUN Nasional sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan ISO 9001:2000 menjelang akhir tahun ini. Insya Allah.

Disamping itu juga pihak TEKUN Nasional akan mewujudkan suatu jaringan strategik dikalangan para usahawan TEKUN menerusi pembentukan Komuniti Ushawan TEKUN ( TEKUN e-Community ). Menerusi platform ini para usahawan TEKUN yang sediada yang berjumlah lebih 165,000 orang akan dapat membentuk satu jalinan kerjasama yang dapat memberikan manfaat kearah memajukan usahaniaga mereka. Dalam hubungan ini juga TEKUN Nasional akan membangunkan Portal Usahawan TEKUN yang akan menjadi pengkalan maklumat, urusan perniagaan dan jaringan dikalangan usahawan TEKUN dan orang ramai.

Dalam kesempatan ini bagi pihak TEKUN Nasional, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan, sokongan dan kerjasama mereka kepada TEKUN Nasional selama ini. Semoga dengan sokongan, bantuan dan kerjasama ini kami di TEKUN Nasional akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi hasrat dan matlamat penubuhan institusi ini. Insya Allah.

Sekian, Terima kasih. Wasalam

DATUK ABDUL RAHIM HASSAN DMSM, PJK, PJM, MMIM, MIM-CPT
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif
TEKUN Nasional

bulet   Direktori Warga Kerja
bulet   Alamat Pejabat Negeri
bulet   Alamat Pejabat Kawasan
bulet   Perkhidmatan Online
  sub bulet SPP
  sub bulet Webmail
 
gambo   line
  Hotline TEKUN Nasional
  Isnin-Jumaat : 8.00 pagi-5.30 petang  Tel : 1-300-88-1277 
  Jumaat : 8.00pagi-5.00 petang  Faks : 1-300-88-1278
my gov   IIM   msc   mampu   moa
TEKUN Nasional No.2, Jalan 4/146 Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-9058 8550 / 9058 8999 Faks: 03-90595777
Hakcipta Terpelihara 2010 © TEKUN Nasional
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Tarikh Kemaskini : 30 Julai 2010 03:25 PM