Diterbitkan pada: 04/07/2018
Dikemaskini pada: 17/05/2023
Objektif Pembiayaan
TEKUN menyediakan program pembiayaan untuk menggalakkan golongan profesional menceburi bidang perniagaan yang mengamalkan (practice) atau menjalankan perniagaan berlainan dari bidang kemahiran untuk memulakan perniagaan atau sebagai modal tambahan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada.
Jumlah Pembiayaan TEKUN
- RM1,000 sehingga RM100,000 sahaja
- Jumlah keseluruhan maksimum pembiayaan yang boleh dipohon untuk satu syarikat adalah RM300,000.00 (maksimum RM100,000 setiap seorang rakan kongsi)
Tempoh Pembiayaan
6 bulan sehingga 120 bulan @ 10 tahun
Kadar Keuntungan
Usahawan diminta membayar kadar keuntungan sebanyak 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan. Manakala bagi Skim Pembiayaan Kontrak-i adalah sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pembiayaan. Kadar keuntungan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran jumlah prinsipal pembiayaan.
Simpanan
Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran jumlah pembiayaan.
Kontrak Syariah Pendasar
TEKUN Niaga adalah kemudahan pembiayaan berasaskan tawarruq iaitu yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan. Jual beli yang pertama berlaku apabila TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan ditambah keuntungan yang dibayar secara bertangguh. Jual beli kedua berlaku apabila pelanggan (dilakukan oleh TEKUN sebagai wakil) menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai.
Yuran Wakalah
Usahawan melantik TEKUN sebagai Wakil (Wakalah) dengan kadar yuran tertentu yang dipersetujui bagi menyempurnakan dua kontrak di atas.
Pembiayaan | Yuran Wakalah |
RM1,000 – RM5,000 | RM 50 |
> RM 5,000 – RM 10,000 | RM 100 |
> RM 10,000 – RM 20,000 | RM 150 |
> RM 20,000 – RM 30,000 | RM 200 |
> RM 30,000 – RM 40,000 | RM 250 |
> RM 40,000 – RM 50,000 | RM 300 |
> RM 50,000 – RM 100,000 | RM 500 |
Perlindungan Takaful
Takaful Pembiayaan Berkelompok
Usahawan wajib menyertai Takaful Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Takaful Kemalangan Peribadi Berkelompok & PERKESO
Usahawan diberikan pilihan untuk menyertai pakej Takaful Kemalangan Peribadi Berkelompok yang ditawarkan oleh TEKUN untuk SATU (1) tahun pertama sahaja. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Atau
Usahawan diberikan pilihan untuk menyertai pakej Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang menyediakan perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 untuk SATU (1) tahun pertama sahaja. Caruman akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan
Syarat Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN Nasional
- Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
- Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
- Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
- Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
- Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
- Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
- Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah
Syarat Tambahan
- Berumur 18 – 50 tahun sahaja
- Berdaftar dengan Badan Profesional yang diiktiraf di Malaysia
- Memiliki sekurang-kurangnya pendidikan tahap Ijazah atau setaraf
- Modal Berbayar tidak melebihi RM500,000
- Perniagaan secara perkongsian pintar (smart partnership) dibenarkan.
- Rakan kongsi boleh dipertimbangkan (maksima 3 orang per syarikat)
Dokumen Asas Yang Diperlukan
Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
2.Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)
Atau
Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
3.Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
4.Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
5.Dokumen tambahan (jika berkenaan)
Dokumen Tambahan
- Skim ini adalah mengikut senarai dokumen yang diperlukan dan dokumen tambahan (jika berkenaan)
- Perakuan Pendaftaran Pertubuhan Berkaitan yang lengkap (cth: Sijil Pendaftaran Firma Guaman)
Cara Permohonan
Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.
Saluran Bayaran Jumlah Terhutang Dan Simpanan
Pejabat TEKUN Cawangan, kutipan oleh Pegawai TEKUN, bayaran melalui mana-mana Bank yang dimaklumkan oleh TEKUN, POS Malaysia, bayaran melalui cek tarikh tertunda (Post Dated Cheque / PDC), bayaran melalui aplikasi elektronik (Direct Debit e-Mandate) atau melalui kaedah lain yang ditetapkan oleh TEKUN dari semasa ke semasa.