Diterbitkan pada: 09/06/2016
Dikemaskini pada: 09/06/2016
Pengenalan
Skim ini adalah merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.
Jumlah dan Tempoh Pembiayaan
- Jumlah pembiayaan RM 1,000.00 sehingga RM 200,000.00
- Tempoh pembiayaan Kontrak tidak lebih daripada 6 bulan.
Kadar Keuntungan
Usahawan diminta membayar kadar keuntungan sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pembiayaan.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
- Umur 18 – 65 tahun sahaja.
- Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah.
- Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera dan modal berbayar (paid up capital) tidak boleh melebihi RM 500,000.
- Surat tawaran & kontrak ( inden ) mestilah daripada Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan( GLC ).
- Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan / Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)/Pusat Khidmat Kontraktor(PKK)/Sijil Kontraktor Kerja (Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan) dan lesen-lesen berkaitan yang setaraf ( jika berkenaan )
- Syarikat merupakan kontraktor utama yang dilantik olehAgensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan ( GLC ).
- Surat Ikatan Penyerahan Hak ( Deed of Assignment ).
- Tempoh sah laku kontrak adalah tidak lebih daripada enam ( 6 ) bulan.
Perlindungan Takaful
Setiap penerima biaya dilindungi oleh insuran pembiayaan yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh pembiayaan. Bayaran premium insuran akan dipotong melalui pembiayaan yang diluluskan.
Dokumen yang Diperlukan
- Borang Permohonan Pinjaman TEKUN yang lengkap diisi
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
- 1 Keping Gambar Pemohon
- Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah
- 1 keping gambar premis/tempat perniagaan
- Salinan penyata bank (minimum 1 bulan bagi tahun semasa)
- Surat kebenaran rakan kongsi jika pemohon syarikat
- Inden Kerja / PO / LO / Surat Tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC
- Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB ), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan lesen-lesen yang berkaitan (Lesen ini adalah bergantung kepada keperluan kontrak dan pembekalan)
Kelebihan Skim Kontrak-i
- Tanpa penjamin
- Tempoh pembiayan yang fleksibel
- Caj pengurusan yang rendah
- Tanpa deposit
- Kaedah pembiayaan secara lumpsum