Soalan Lazim Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN

Diterbitkan pada: 09/06/2016
Dikemaskini pada: 09/06/2016

Apakah Skim / Produk TEMAN TEKUN?

Skim / Produk TEMAN TEKUN adalah pembiayaan mikro yang digunakan untuk membiayai secara berkumpulan.

Apakah objektif pembiayaan Skim TEMAN TEKUN?

Untuk membantu usahawan berdaya maju dan berdaya saing dalam perniagaan mereka.

Apakah syarat-syarat utama menyertai Skim Pembiayaan TEMAN 2.0?

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  • Menubuhkan kumpulan seramai 5 orang yang menjalankan perniagaan berdekatan, melantik seorang ketua, saling percaya mempercayai, tiada tali persaudaraan dan bertanggungjawab sesama ahli kumpulan.

Apakah panggilan kepada ahli yang dibiayai?

Ahli atau penerima biaya dipanggil TEMAN TEKUN.

Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh Skim Pembiayaan TEMAN 2.0?

Pembiayaan Perniagaan secara berkumpulan dan jumlah seperti berikut:-

  • Pembiayaan kali pertama dari RM1,000 sehingga RM7,000.
  • Pembiayaan kali kedua dari RM1,000 sehingga RM14,000.
  • Pembiayaan kali ketiga dari RM1,000 sehingga RM20,000.
  • Pembiayaan kali keempat dan seterusnya dari RM1,000 sehingga RM30,000.

Apakah kelayakan dan had maksimum permohonan pembiayaan kali pertama pembiayaan Skim Pembiayaan TEMAN 2.0?

Kelayakan dan had maksimum permohonan pembiayaan kali pertama tidak lebih RM7,000.

Sebagai penerima biaya Skim Pembiayaan TEMAN 2.0, apakah kewajipan setiap minggu?

Ahli TEMAN wajib membuat bayaran pembiayaan setiap minggu  dan hadir ke perjumpaan mingguan atau boleh menghantar wakil dikalangan ahli keluarga sekiranya terdapat urusan kecemasan atau perkara yang tidak dapat dielakkan.

Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon dengan Produk TEMAN TEKUN?

Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan mengikut syariah.

Kenapa saya perlu bayar secara mingguan? Kenapa tidak secara bulanan?

Pembayaran mingguan memudahkan usahawan. Usahawan boleh membuat pembayaran secara bulanan tetapi WAJIB hadir ke perjumpaan mingguan untuk mewujudkan hubungan rapat antara TEKUN dan Usahawan.

Adakah Skim Pembiayaan TEMAN 2.0 dikenakan kadar keuntungan?

Skim Pembiayaan TEMAN 2.0 dikenakan kadar keuntungan sebanyak 4% untuk tempoh setahun  dan  simpanan RM 2.00 bagi setiap pembiayaan RM1,000 dibayar bersama bayaran pembiayaan pada setiap minggu.

Berapa lama proses kelulusan Skim Pembiayaan TEMAN 2.0?

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja.

Apakah yang dimaksudkan dengan PSAT?

Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN ( PSAT ) yang dilaksanakan secara mingguan diantara Pegawai TEKUN dan Usahawan untuk urusan permohonan dan bayaran pembiayaan serta simpanan.

Berapakah ahli dalam satu PSAT?

Boleh terdiri antara 10 hingga 50 orang usahawan atau 2 hingga 10 kumpulan.

Jika seorang ahli dalam satu kumpulan ( 5 orang ) ingin membuat penyelesaian awal untuk membuat pembiayaan ulangan, adakah dibenarkan?

Dibenarkan membuat penyelesaian awal hanya selepas 13 minggu dari tarikh mula bayar.

Adakah pemohon Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN 2.0 layak membuat pembiayaan bertindih (Overlaping) ?

Boleh, tetapi telah membayar melebihi separuh jumlah pembiayaan ( Pokok + Caj + Simpanan ) dan tempoh bayaran telah melebihi dari 13 minggu.

Jika permohonan yang dihantar tidak mencukupi untuk membentuk satu kumpulan TEMAN ( 5 orang ) adakah pemohonan boleh diproses?

Tidak boleh diproses, perlu melengkapkan 5 orang untuk membentuk satu kumpulan

Jika terdapat perkongsian pada SSM, adakah dua-dua penama tersebut dibenarkan membuat pembiayaan melalui Skim Pembiayaan TEMAN 2.0 ?

Tidak dibenarkan.

Jika terdapat salah seorang dalam ahli kumpulan yang GAGAL membayar, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Pegawai TEKUN?

Jika ada diantara ahli yang gagal membuat bayaran, kumpulan dan PSAT bertanggungjawab memastikan bayaran tersebut dijelaskan.

Adakah jumlah pembiayaan usahawan perlu sama dalam satu kumpulan?

Jumlah pembiayaan bergantung kepada keperluan modal dan kemampuan  bayaran balik usahawan masing- masing serta boleh berbeza amaun pembiayaan.

Jika salah seorang ahli kumpulan ingin memohon pembiayaan lebih dari jumlah pembiayaan yang telah kumpulan persetujui? Cth; 4 orang ingin mohon RM5,000 manakala 1 orang RM10,000

 Kesemua ahli perlu bersetuju dengan satu jumlah pembiayaan yang sama

Adakah pembiayaan saya dilindungi takaful?

Pembiayaan Produk TEMAN dilindungi oleh Takaful. Sekiranya berlaku kematian Ahli TEMAN, takaful ini akan menanggung keseluruhan  pembiayaan (kecuali jumlah yang telah tertunggak sebelum kematian) dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Jika ada dikalangan ahli TEMAN yang telah berpindah premis atau rumah ?

Ahli TEMAN tersebut wajib membuat bayaran di pejabat cawangan yang berhampiran atau dengan sebarang saluran pembayaran yang telah ditetapkan.

Bagaimana cara saya memohon Skim Pembiayaan TEMAN 2.0 ?

Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran.

Bagaimana saya boleh mengetahui alamat dan nombor telefon pejabat- pejabat TEKUN?

Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan 03-9059 8888 atau lawati laman web www.tekun.gov.my untuk mengetahui alamat pejabat TEKUN di seluruh negara.