Diterbitkan pada: 23/12/2020
Dikemaskini pada: 27/12/2020
Apakah Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?
Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).
Apakah objektif Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?
Untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa daftar perniagaan atau lesen perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.
Apakah syarat-syarat utama memohon Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.
Apakah Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 )?
- Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04) adalah dokumen yang mengantikan Lesen atau Pendaftaran Perniagaan (SSM)
- Usahawan perlu menyertakan Borang Pengesahan Perniagaan (JPTT/Borang/04) ini bersama dengan borang (JPTT/Borang/02 dan JPTT/Borang/03)
- Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 ) ini perlu dicop dan disahkan oleh Pemimpin Tempatan/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua PSAT.
Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?
Pembiayaan kali pertama dari RM1,000 sehingga RM5,000 secara berkumpulan di bawah Produk TEMAN TEKUN (Tertakluk kepada terma dan syarat).
Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon dengan Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?
Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah.
Adakah Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) dikenakan kadar keuntungan?
Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.
Berapa lama proses kelulusan Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?
Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)
Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?
Pembiayaan dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.
Bagaimana cara saya memohon Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?
Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran.
Bagaimana saya boleh mengetahui alamat dan nombor telefon pejabat TEKUN?
Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan 03-90588550 atau layari laman web di www.tekun.gov.my