Diterbitkan pada: 10/04/2023
Dikemaskini pada: 24/08/2023
Sebutharga ini adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan (MOF) dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja seperti jadual di bawah:
Kontraktor yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat Sebutharga seperti tarikh dan tempat berikut :
Tempat: 28, Jalan Tengku Ampuan Zabedah D 9/D, Seksyen 9, 40000 Shah Alam, Selangor ( Dewan / Bilik Mesyuarat Tingkat 4 )
Tarikh: 29 Ogos 2023 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Wakil Syarikat: Dibenarkan maksimum 3 orang
Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada syarikat yang berminat sahaja selepas menghadiri sesi taklimat. Untuk maksud ini, setiap kontraktor hendaklah membawa Perakuan syarikat dan tawaran
TEKUN Nasional (TEKUN) tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah. TEKUN Nasional juga mempunyai hak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau penerangan lanjut, petender boleh berhubung melalui e-mel kepada [email protected] /[email protected]