Diterbitkan pada: 17/05/2023
Dikemaskini pada: 29/07/2024
Objektif Pembiayaan
Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal, kereta, van atau lori.
Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 disediakan kepada pemohon untuk tujuan berikut:
• Pembelian Kenderaan
• Baik Pulih Kenderaan
• Modal Pusingan
Kumpulan Sasar
Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal, kereta, van atau lori (cth: Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dll)
Jumlah Pembiayaan TEKUN
Jenis Kenderaan: Motosikal
I. Baik Pulih & Modal Pusingan: RM1,000 – RM5,000
II. Pembelian: RM1,000 – RM10,000
Jenis Kenderaan: Kereta, Van atau Lori
I. Baik Pulih & Modal Pusingan: RM1,000 – RM10,000
II. Pembelian: RM1,000 – RM20,000
• 10% daripada harga kenderaan atau maksimum RM20,000 yang mana terendah
• Tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 36 bulan @ 3 tahun
Kadar Keuntungan
4% setahun
Simpanan
Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran jumlah pembiayaan
Kontrak Syariah
Tawarruq
Aturan dua kontrak jual beli untuk mendapatkan tunai:
i. Kontrak 1: TEKUN menjual komoditi kepada Usahawan dengan Harga Jualan (Jumlah Terhutang) secara ansuran.
ii. Kontrak 2: Usahawan menjual komoditi kepada Pihak Ketiga dengan Harga Belian (Jumlah Pembiayaan) secara tunai.
Wakalah
Usahawan melantik TEKUN sebagai Wakil (Wakalah) dengan kadar yuran tertentu yang dipersetujui bagi menyempurnakan dua kontrak di atas.
Yuran Wakalah
Usahawan melantik TEKUN sebagai Wakil (Wakalah) dengan kadar yuran tertentu yang dipersetujui bagi menyempurnakan dua kontrak di atas.
Pembiayaan | Yuran Wakalah |
RM1,000 – RM5,000 | RM 50 |
> RM 5,000 – RM 10,000 | RM 100 |
> RM 10,000 – RM 20,000 | RM 150 |
> RM 20,000 – RM 30,000 | RM 200 |
> RM 30,000 – RM 40,000 | RM 250 |
> RM 40,000 – RM 50,000 | RM 300 |
> RM 50,000 – RM 100,000 | RM 500 |
Perlindungan Takaful
Takaful Pembiayaan Berkelompok
Usahawan wajib menyertai Takaful Pembiayaan Berkelompok yang menyediakan perlindungan ke atas jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.
PERKESO
Usahawan wajib menyertai pakej Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang menyediakan perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 untuk SATU (1) tahun pertama sahaja. Caruman akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Syarat Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN Nasional
- Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
- Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
- Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
- Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
- Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
- Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
- Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah
Syarat Tambahan
- Mempunyai lesen memandu yang sah.
- Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat ehailing yang berdaftar.
- Mempunyai motosikal / kereta / van / lori sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih kenderaan dan modal pusingan.
- Mengemukakan dokumen asal sebut harga (quotation) pembelian kenderaan daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli kenderaan.
- Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat
pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti
pembelian. - Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut:
• Aplikasi elektronik – D Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau
• Cek tarikh tertunda
Dokumen Asas Yang Diperlukan
Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti
berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
- Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)
- Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
- Salinan 3 bulan transaksi terkini yang aktif Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
- Salinan dokumen pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar / ID e-hailing
- Dokumen asal sebutharga pembelian kenderaan daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli kenderaan
- Tiga (3) bulan penyata e-hailing terkini
- Dokumen tambahan (jika berkenaan)
Cara Permohonan
Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.
Saluran Bayaran Jumlah Terhutang Dan Simpanan
Pejabat TEKUN Cawangan, kutipan oleh Pegawai TEKUN, bayaran melalui mana-mana Bank yang dimaklumkan oleh TEKUN, POS Malaysia, bayaran melalui cek tarikh tertunda (Post Dated Cheque / PDC), bayaran melalui aplikasi elektronik (Direct Debit e-Mandate) atau melalui kaedah lain yang ditetapkan oleh TEKUN dari semasa ke semasa.