Diterbitkan pada: 22/02/2016
Dikemaskini pada: 20/11/2024
Pengenalan
Menyediakan pembiayaan mikro berkumpulan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40.
Konsep Syariah
Tawarruq : Gabungan dua kontrak jual beli untuk mendapatkan tunai. Pertama, TEKUN menjual komoditi kepada Usahawan dengan Harga Jualan secara ansuran. Seterusnya (kedua), Usahawan menjual komoditi kepada Pihak Ketiga dengan Harga Belian secara tunai.
Tawarruq merupakan satu sistem yang menggabungkan pelbagai jenis kontrak di dalamnya. Di antara kontrak yang terlibat adalah:
- Bai’ Murabahah – Kontrak jual beli di mana harga kos komoditi dan kadar keuntungan (Harga Jualan) dimaklumkan dan dipersetujui oleh TEKUN dan Usahawan. Usahawan juga bersetuju untuk membayar Harga Jualan komoditi secara ansuran kepada TEKUN.
- Wakalah – Kontrak pelantikan wakil di mana pihak Usahawan (prinsipal/Muwakkil) mewakilkan TEKUN (wakil) bagi menyempurnakan transaksi pembelian dan penjualan komoditi. Usahawan juga perlu membayar Yuran Wakalah kepada TEKUN dengan kadar yang telah ditetapkan.
Jual beli Tawarruq dilaksanakan oleh TEKUN melalui Platform Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS).
Syarat-Syarat Kelayakan
Skim pembiayaan ini menggunakan konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
- Berumur 18 – 65 tahun.
- Telah menjalankan perniagaan, mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
- Mempunyai lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) yang sah.
- Permohonan pembiayaan RM5,000 dan kebawah, boleh dipohon dengan mengisi Borang Pengesahan Peniagaan tanpa mengemukakan Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) yang sah.
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
- Pembiayaan perniagaan sedia ada dengan institusi kewangan lain tidak melebihi RM50,000.
Syarat-Syarat Pembiayaan
- Membentuk kumpulan lima (5) orang usahawan (lelaki atau wanita) dari kenalan / rakan perniagaan yang boleh dipercayai.
- Ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan.
- Ahli kumpulan boleh merangkumi pelbagai jenis aktiviti perniagaan yang sah disisi undang-undang.
- Perniagaan atau tempat tinggal ahli kumpulan hendaklah berdekatan antara satu sama lain
- Menghadiri Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN ( PSAT ) setiap minggu.
- Perlindungan di bawah Takaful Pembiayaan Berkelompok; dan Takaful Kemalangan Berkelompok atau Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO (SKSPS).
- Kadar Keuntungan TEKUN sebanyak 4% setahun daripada nilai pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan.
- Simpanan wajib setiap minggu.
- Tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan TEKUN Nasional.
* Untuk keterangan lanjut sila rujuk Laman Web TEKUN Nasional: www.tekun.gov.my
Jumlah dan Tempoh Pembiayaan
- Pembiayaan kali pertama had maksimum RM7,000.
- Pembiayaan kali kedua had maksimum RM14,000.
- Pembiayaan kali ketiga had maksimum RM20,000.
- Nilai pembiayaan hendaklah dipersetujui oleh ahli kumpulan dan PSAT.
Bayaran Ansuran Pembiayaan
- Kutipan bayaran ansuran pembiayaan dilaksanakan semasa Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN ( PSAT ) setiap minggu.
- Berkonsepkan jaminan kerjasama di antara ahli kumpulan dan PSAT.
- Ikrar TEMAN TEKUN dibaca pada setiap perjumpaan mingguan.
Kaedah Bayaran Ansuran Pembiayaan Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
- Perbankan Internet – Online Banking, Tekun Mobile Apps Borrower ( MAB )
- Kad Debit – Pejabat Cawangan
- Bayaran Tunai – PSAT, Pejabat Cawangan, Tekun Mobile Apps Collector ( MAC ), Cash Deposit Machine ( CDM ), Agen Bank Simpanan Nasional ( BSN )
- Kaunter – BSN, RHB dan POS